Matlamat pendidikan di Malaysia adalah bertujuan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek,rohani,jasmani dan emosi,individu yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia serta individu yang bertanggungjawab dan memberi sumbangan kepada masyarakat.Matlamat pendidikan ini juga adalah untuk memastikan setiap warganegara mendapat dan memperoleh manfaat menerusi pendidikan sekaligus menjadikan warganegara yang siap memberi sumbangan kepada tanah air.
MATLAMAT PENDIDIKAN
Matlamat pendidikan di Malaysia mempunyai kriteria tersendiri untuk membentuk individu yang seimbang.Antara kriterianya adalah:
1.Berilmu pengetauan
Melalui pendidikan,seseorang individu akan lebih berilmu pengetahuan kerna pendidikan membuatkan seseorang individu untuk gemar membaca.Ilmu yang dibaca itu pastilah akan dimanfaatkan untuk diri sendiri dan juga orang sekeliling.Dengan ini,seorang individu akan lebih berfikiran luas dan terbuka terhadap dunia sekeliling mereka.
2.Berketerampilan
Kriteria berketerampilan membuatkan seseorang individu mempunyai kebolehan dalam melaksana dan menyempurnakan sesuatu tugas serta tanggungjawab dengan cemerlang.
3.Berakhlak mulia
Pendidikan dapat membantu seseorang individu untuk mengetahui nilai baik dan buruk.Seseorang individu juga akan cepat untuk menyedari kesan daripada perbuatan baik dan buruk di setiap perkara yang mereka lakukan.Dengan ini,seseorang individu tersebut dapat menghayati nilai kerohanian,kemanusiaan dan kewarganegaraan.
4.Pegangan agama
Pendidikan agama adalah sangat penting bagi setiap manusia di muka bumi ini.Hal ini kerana pegangan agama membolehkan seseorang individu tersebut untuk mengikuti dan mengamalkan ajaran agama seterusnya mengakui manusia dan alam dijadikan oleh pencipta.Manusia akan menyedari bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perbuatannya.
5.Bertanggungjawab
Melalui pendidikan,seseorang individu akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dengan menyedari tugas dan tanggungjawab adalah amanah.Pendidikan membuatkan seseorang individu untuk sedar bahawa menjalankan tugas dengan bersih,cekap dan amanah adalah sangat dituntut untuk menjadi individu yang seimbang.
6.Sejahtera diri
Individu yang mempunyai sejahtera diri dapat mewujudkan perhubungan yang baik dengan orang sekeliling.Mereka juga mampu untuk berfikiran waras,jiwa tenang dan badan sihat serta mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.
MATLAMAT PERUBAHAN KURIKULUM DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Untuk memastikan pendidikan di Malaysia berkembang seiring dengan waktu,kerajaan telah mengambil
inisiatif untuk melakukan perubahan kurikulum.Perubahan ataupun transformasi kurikulum bermatlamat
untuk membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik dan seimbang bagi
memperkembangkan kepelbagaian potensi individu untuk kemenjadian insan dengan mengambil kira
keperluan-keperluan perubahan mengikut arus semasa.Ianya diubah bermula dari kurikulum
persekolahan sedia ada iaitu KBSR kepada kurikulum baru sekolah rendah sehinggalah ke KSSR
iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah iaitu sistem pendidikan yang masih diguna sehingga kini.
Perubahan kurikulum telah memberi penekanan kepada kemahiran abad ke-21 seperti
1.sains dan teknologi
2.komunikasi
3.perkembangan fizikal dan estetika
4.keterampilan diri
5.kemanusian
6.kerohanian,sikap dan nilai.
Selain itu,budaya keusahawanan dan budaya niaga juga turut diberi penekanan di dalam perubahan kurikulum.Hal ini kerana,di era moden ini sumber pendapatan negara juga bergantung kepada ekonomi yang memerlukan setiap rakytuntuk mempunyai asas didalam keusahawanan.Ianya juga merupakan komponen yang penting untuk menjadikan rakyat Malaysia menjadi rakyat yang kreatif dan inovatif serta berdaya saing.
Di samping itu,perubahan kurikulum juga meliputi penguasaan bahasa inggeris dan bahasa melayu yang dipertingkatkan.Ini adalah untuk melahirkan rakyat yang mahir bertutur dalam pelbagai bahasa dan mampu untuk berkomunikasi dengan lancar dan mudah dengan orang asing.Di era pemodenan ini,bahasa inggeris telah menjadi keutamaan bagi seluruh penduduk dunia agar dapat berkomunikasi dengan mudah.Oleh itu,perubahan kurikulum ini telah mewajibkan setiap pelajar untuk menguasai bahasa inggeris serta memantapkan lagi bahasa melayu agar mereka tidak kekok untuk berkomunikasi dengan orang sing apabila tamat persekolahan.
