Sistem pendidikan di negara kita telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa iaitu;
Zaman Pramerdeka (sebelum 1957)
Sekolah-sekolah di Tanah Melayu telah dipecahkan kepada empat aliran semasa pentadbiran British, iaitu sekolah Melayu, sekolah Inggeris, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa pengantarnya sendiri tetapi mempunyai kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, telah timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Terdapat beberapa jawatankuasa yang telah ditubuhkan bagi mengkaji sistem persekolahan pada zaman itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut;
- Laporan Barnes (1951)- menyiasat dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
- Laporan Fenn-Wu (1951)- mengkaji dan menilai semula kewajaran Laporan Barnes.
- Ordinan Pelajaran (1952)- menggantikan beberapa laporan sebelumnya dengan menetapkan sama ada bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan di sekolah rendah.
- Laporan Razak (1956)- meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Oleh itu, Ordinan Pelajaran 1957 telah digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak 1956 yang mengutamakan perdpaduan dan menjadi teras kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Laporan ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dan penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
Pada tahun 1962, dasar pendemokrasian pendidikan telah diwujudkan dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar pendemokrasian ini merupakan satu proses mendemokrasiakn pendidikan supaya setiap individu diberikan hak dan peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Oleh itu, berlakunya peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah malah kadar tersebut terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat bermula tahun 1992.
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Dasar Eknomi Baru (DEB) merupakan satu falsafah pembangunan yang digubal oleh Majlis Gerakan Negara selepas peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia. Dasar ini telah diterima pakai pada tahun 1971 untuk tempoh 20 tahun. Tujuan dasar ini adalah untuk mencapai perpaduan negara dan intergrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk;
- membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum.
- mempercepatkan proses penyusunan semula ekonomi Malaysia untuk memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi di negara Malaysia.
DEB dilihat telah berjaya meningkatkan taraf
pendidikan kaum bumiputera dengan bilangan professional dalam kalangan
bumiputera telah bertambah, peratusan graduan Bumiputera yang ke luar negara
untuk mencapai tahap professionalisme yang tingi juga telah meningkat. Keadaan
ini berbeza jika dibandingkan dengan sebelum DEB diperkenalkan. Pelaksanaan DEB juga dilihat telah berjaya membawa masyarakat Melayu yang
berpendidikan untuk menyumbang kepada perluasan peratusan kelas pertengahan. Perkara ini boleh dilihat melalui kelahiran pemilik hartanah, perunding
perhubungan awam, pengurus dana dan perunding kejuruteraan dalam kalangan
bumiputera. Dalam erti kata yang lain, DEB telah berjaya melahirkan golongan
professional dan golongan kelas menengah bumiputera.
Melalui DEB juga, jurang pendidikan
antara pelajar bandar dan luar bandar telah dapat dikurangkan bagi memastikan
persaingan yang lebih adil dan saksama. Selain menempatkan guru-guru
berpengalaman dan berkebolehan di sekolah-sekolah luar bandar,
kemudahan-kemudahan sama seperti yang terdapat di bandar termasuklah
Infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) juga disediakan.
Perkara-perkara ini telah diambil kira bagi mewujudkan medan persaingan yang
saksama serta peluang anak Melayu spesifiknya yang ingin berjaya ditingkatkan.
Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)
Pada dekat terakhir abad ke-20, kita dapat menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara.Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beerapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalhnya Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan beberapa akta yang lain lagi. Selain tu, terdapat bnayak lagi perubahan terhadap sistem pendidikan di negara kita termasuk;
- Peningkatan akses dalam pendidikan khusunya peringkat tertiari.
- Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999.
- Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
- Menaiktarahkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma.
- Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.
Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-kini)
Perkembangan dunia teknologi maklumat pada zaman ini telah mempengaruhi Sistem Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya telah diperkemaskan sejajar dengan peredaran zaman. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama. Antaranya ialah, Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002), Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri,2002), Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksaanakn pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Selain itu, terdapat banyak lagi program pendidikan yang diperluaskan bagi meningkatkan sistem pendidikan negara termasuklah Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) telah diperkenalkan pada tahun 2003 dan Program j-QAF juga turut diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006. Program ini bertujuan bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan juga Fardu Ain.
Perubahan yang paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Oleh itu, KPM telah dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan juga pendidikan guru.
No comments:
Post a Comment