December 24, 2021

KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN KE ARAH MENTERJEMAHKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN(FPK)

 

Menurut pernyataan falsafah pendidikan kebangsaan,pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraaan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.Terdapat tiga kurikulum standard kebangsaan yang ke arah menterjemahkan hasrat Faslsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).Antaranya,Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK),Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),dan Kurikulum Standard Sekolah Menegah(KSSM).

 1.0 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Input Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) merupakan kurikulum yang melibatkan kanak-kanak yang berumur empat(4) hingga enam (6) tahun.Matlamat KSPK adalah  menyuburkan potensi pelajar dari aspek perkembangan,menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan ke sekolah.Bagi operasi Kurikulum,KSPK direka bentuk berasaskan standard dan berbetuk modular.Selain itu,Standard kandungan pembelajaran yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 4-6 tahun.Standard kandungan dan pembelajaran berpaksikan kepada pengetahuan,kemahiran asas serta nilai dalam Tunjang Pembelajaran berikut:komunikasi,kerohanian,sikap dan nilai,kemanusiaan,sains dan teknologi,perkembangan fizikal dan estetika serta perkembangan keterampilan diri.Kaedah PdP seperti aktiviti belajar melalui bermain boleh merangsang naluri ingin tahu,mengukuhkan koordinasi motor kasar dan halus.Outcome bagi KSPK adalah melahirkan warganegara patriotik,menggunakan Bahasa Melayu dengan betul serta Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.Selain itu,melahirkan warganegara yang mengamalkan nilai-nilai murni dan mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan.Pelajar akan mempunyai kemahiran kognitif dan kematangan emosi  untuk persediaan sosialisasi .

2.0 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Input KSSR merupakan kurikulum yang melibatkan kanak-kanak berusia 7-12 tahun.KSSR diperkenalkan pada tahun 2011 dan berpotensi mengisi proses transformasi oleh KPM bagi memastikan sistem pelajaran Malaysia setanding dengan piawaian antarabangsa.Operasi KSSR adalah rekabentuknya berasaskan standard dan berbentuk modular.Pendekatan modular yang diterapkan KSSR berupaya membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang agar murid dapat mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan .KSSR berpusatkan murid dan kaedah didik ialah hibur serta berorientasikan pembangunan manusiawi.Pelajar tiada peperiksaan pada tahpa 1 iaitu tahun1 –tahun 3 tetapi harus menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 6.Outcome KSSR adalah penguasaan kemahiran asas 4M.Selain tu ,KSSR dapat mencorak dan membentuk generasi yang memenuhi tuntutan FPK bagi menjamin kejayaan negara menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri pada tahun 2020.Akhir sekali,dapat melhirkan generasi cemerlang dari segi intelek ,akal budinya dan kukuh jati diri.

3.0 Kurikulum Standard Sekolah Menegah (KSSM)

Input KSSM adalah murid-murid telah menamatkan pendidikan rendah dan melanjutkan pelajaran peringkat menegah rendah(tingkatan 1-3) dan menegah tinggi(tingkatan 4-5).Operasinya adalah KSSM berkonsep pendidikan berasaskan standard.Dengan konsep tersebut pelajar akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga(PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).KSSM ini dapat mempertingkatkan lagi perkembanganpotensi individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi inteelek,rohani,emosi,jasmani dan sahsiah ke arah pembangunan insan secara seimbang dan harmoni.Outcom KSSM adalah merupakan lanjutan sekolah rendah dan digubal berdasarkan FPK.KSSM juga dapat melahirkan insan yang berilmu ,mahir,berakhlak dan berbudi serta saggup berbakti kepada keluarga,masyarakat dan negara.


Kesimpulannya,pendidikan yang berkesan mestilah mempunyai hala tuju yang jelas dan bagaimana pelaksanaan dapat dioperasikan.FPK memberikan panduan bagaimana pendidikan negara mesti beroperasi mengikut bentuk dan proses-proses yang ditentukan ke arah matlamat yang hendak dicapai.Matlamat yag dihasratkan hanya boleh dicapai apabila kurikulum yang dibangunkan bersifat sempurna dan kebolehcapaian yang tinggi.Kurikulum kebangsaan memberikan keleihan dari segi perancangan,pelaksanaan,kawalan,agihan dan penilain kerana bersifat senteralisasi.Kurikulum Kebangsaan mencakupi pendidikan pada semua peringkat iaitu prasekolah,sekolah rendah,sekolah menegah,lepas sekolah menegah dan pendidikan khas.Kurikulum bersifat dinamik dan fleksibel dapat disesuaikan dengan keadaan semasa yang sentiasa berubah.

No comments:

Post a Comment

MATLAMAT PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Matlamat pendidikan di Malaysia adalah bertujuan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek,rohani,jasmani dan emosi,individu...